PERATURAN KHAS IMTAZ
1. Dilarang membawa alat-alat elektronik seperti telefon bimbit/walkman/MP3@MP4/PSP/ dan segala yang berkaitan dengan media hiburan.
2. Sekiranya pelajar membawa barang-barang yang dilarang, pihak madrasah akan merampas barang berkenaan dan tidak akan dipulangkan semula. Pelajar atau Ibubapa/Penjaga telah tergugur hak ke atas barang-barang yang telah dirampas.
3. Cuti hanya dibenarkan setahun sekali , iaitu pada hari Raya Aidilftri selama 10 hari sahaja. Cuti tambahan cuma dibenarkan apabila ada sebab-sebab kecemasan yang dapat diterima oleh pihak IMTAZ.
4. Hanya pelajar yang mendapat rekod terbaik, ke dua terbaik serta melepasi target hafazan sahaja dibenarkan keluar(outing). Senarai kesalahan pelajar adalah seperti berikut:
a) 0 hingga 3 kesalahan = Terbaik
b) 4 hingga 5 kesalahan = Kedua terbaik
c) 6 hingga 10 kesalahan = Kedua Terburuk
d) 11 hingga 15 kesalahan = Terburuk
e) 16 dan ke atas = Terburuk di antara terburuk.
5. Pelajar tidak dibenarkan “outing” bagi bulan Januari, Disember, Bulan Romadhan dan Bulan Zulhijjah(yakni Hari Raya Eidul Adha).
6. Kebenaran bercuti dan permohonan keluar hendaklah melalui permohonan bertulis dengan borang permohonan yang telah disahkan. Ibubapa/Penjaga diwajibkan mengisi Borang Permohonan Cuti/Keluar, 3 hari sebelum tarikh cuti/keluar. Kelulusan akan dimaklumkan melalui SMS atau telefon dalam tempoh jangkamasa tersebut. Tindakan disiplin akan diambil kepada pelajar yang melebihi had masa yang telah ditetapkan oleh pihak IMTAZ.
7. Sebarang proses pengambilan dan penghantaran pelajar, mestilah melalui Guru ataupun kakitangan IMTAZ.
8. Yuran pendaftaran tahunan sebanyak RM900, yuran bulanan sebanyak RM330 dan yuran dobi sebanyak RM50 sebulan.
9. Yuran hendaklah dijelaskan sebelum setiap 5 haribulan.
10. Etika pemakaian semasa hendak keluar adalah sama sewaktu berada dalam IMTAZ iaitu memakai jubah dan serban berwarna putih, mengikut sunnah Rasulullah SAW.
11. Makanan-makanan yang dibawa masuk ke dalam IMTAZ sekiranya didapati melanggar etika pemakanan yang telah ditetapkan, akan dirampas. Ini adalah untuk menjaga darah daging dan hafazan pelajar.
12. Makanan/pesanan hanya dibenarkan bawa sekali sahaja sebulan, iaitu pada hari pembentangan rekod. Selain dari hari tersebut adalah dilarang.
13. Tapisan pelajar akan dilakukan pada hujung tahun berdasarkan rekod prestasi hafazan, akhlak dan seluruhnya.
14. Pelajar yang tidak melepasi target hafazan tahunan, akan diberhentikan pada hujung tahun.
15. Pelajar yang berhenti selepas 24 jam kemasukan, tidak dapat menuntut semula yuran pendaftaran, yuran bulanan dan yuran dobi.
16. Pelajar yang lari dari IMTAZ hendaklah dikembalikan dalam tempoh 48 jam selepas kembali ke rumah. jika gagal berbuat demikian, pelajar berkenaan akan diberhentikan serta merta. Sekiranya ingin kembali memasukkan anak, ibu bapa perlu membuat rayuan bertulis dan dikenakan pendaftaran tahunan yang baharu iaitu sebanyak RM700.
17. Cuti yang dibenarkan ialah:
a. kematian ibu bapa dan ahli keluarga terdekat.
b. sakit yang kritikal ibu bapa dan ahli keluarga terdekat.
c. sakit yang berjangkit.
18. Pelajar-pelajar yang sakit akan diberi rehat dan rawatan di IMTAZ. Jika IMTAZ sukar untuk mengendalikan rawatan tersebut, maka pihak IMTAZ akan menghubungi ibubapa/penjaga untuk membawa pulang anak mereka.
19. Kos rawatan akan ditanggung sepenuhnya oleh ibubapa penjaga pelajar dan resit akan diserahkan pada pertemuan setiap bulan. IMTAZ hanya membawa pelajar ke klinik dan mengendalikan rawatan tersebut sahaja.