PERATURAN IBU BAPA PENJAGA
WAJIB DIBACA DAN DITANDATANGANI OLEH IBUBAPA / PENJAGA
1. Ibubapa/Penjaga/Pelajar hendaklah redha dengan sepenuh hati dan tidak mempertikaikan segala tindakan disiplin yang diambil oleh pihak IMTAZ ke atas pelajar.
2. Ibubapa/penjaga dilarang keras memberi telefon bimbit kepada mana-mana pelajar di dalam atau di luar kawasan IMTAZ.
3. Ibubapa/Penjaga wajib mematuhi arahan guru selagi tidak melanggar syarak.
4. Ibubapa/Penjaga pelajar sama sekali tidak dibenarkan menziarahi dan menelefon pelajar.
5. Ibubapa/Penjaga dibenarkan menziarahi anak mereka pada hari Ahad pertama setiap bulan iaitu selepas Kuliah Dhuha hingga pukul 6:30 petang dan diwajibkan mengisi Borang Keluar Masuk Pelajar. Kebenaran keluar cuma diberikan sekali sahaja sebulan dan tidak dibenarkan pulang ke rumah. Jika didapati ibubapa/penjaga melebihi masa yang ditetapkan, pihak IMTAZ akan mengenakan penalti kepada pelajar iaitu tidak dibenarkan keluar pada bulan berikutnya.
6. Ibubapa/Penjaga diwajibkan menutup aurat dengan sempurna ketika datang menziarahi anak-anak.
7. Ibubapa/Penjaga yang membawa keluar anak mereka tanpa kebenaran dari pihak IMTAZ lebih dari 2 kali akan diberhentikan serta merta.
8. Ibubapa/Penjaga tidak dibenarkan untuk memberi wang saku kepada pelajar. Jika didapati pelajar memiliki wang saku, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam BSAP (Bank Simpanan Akaun Pelajar) bagi mengelakkan sebarang kecurian dan lari.
9. Ibubapa/Penjaga digalakkan membeli makanan sunnah dan produk halal di IMTAZ. Sekiranya ibubapa/penjaga ingin membawa dari luar, barangan tersebut hendaklah makanan sunnah dan produk halal, yang perlu mendapat pengesahan dari pihak IMTAZ.
10. Ibubapa/Penjaga diwajibkan hadir pada sesi pembentangan rekod bulanan pelajar iaitu pada hari Ahad minggu pertama setiap bulan.
11. Ibubapa/penjaga yang tidak hadir pada hari pembentangan rekod pelajar maksimum 2 kali dalam setahun walaupun tidak berturut-turut anaknya akan diberhentikan pada hujung tahun.
12. Ibubapa/Penjaga diwajibkan hadir dalam program mingguan kuliah berkitab sekurang-kurangnya 1 kali dalam sebulan (selain Ahad minggu pertama), selewat-lewatnya sebelum jam 11. Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak IMTAZ tidak akan membenarkan ibubapa/penjaga memasuki kawasan dalam pagar IMTAZ dan tidak dibenarkan berjumpa dengan anak. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, maka ibubapa/penjaga akan dipanggil ke pejabat IMTAZ untuk berjumpa dengan Mudir serta tindakan disiplin juga akan dikenakan ke atas anak tersebut.
13. Ibubapa/Penjaga tidak dibenarkan naik ke atas asrama pelajar, hanya dibenarkan di bawah sahaja.
14. Ibubapa/Penjaga dilarang bersyubhat pada disiplin-disiplin yang melanggar peraturan IMTAZ.
15. Ibubapa/Penjaga pelajar jika ada masalah berkenaan anak-anak atau peraturan sekolah, hendaklah terus bertanya dan berbincang dengan pihak institusi, insyaAllah pihak kami sedia mendengar dan menyelesaikan demi kebaikan dan perubahan anak-anak dan madrasah. Sebaliknya jangan terus bertindak dan menghukum tanpa usul periksa.
16. Ibubapa/Penjaga yang ingin berhentikan anak-anak, hendaklah mendatangkan sebab-sebab yang munasabah dan boleh diterima oleh pihak institusi, sebaliknya ibubapa/penjaga mendatang sebab-sebab yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima oleh pihak institusi, maka kami tidak akan izinkan anak-anak untuk keluar, jika ibubapa/penjaga tetap berdegil untuk keluarkan anak mereka, maka redha guru dan keberkatan hidup akan hilang.
17. Ibu bapa penjaga yang datang menziarahi anak selain daripada hari yang dibenarkan hendaklah melapor diri terlebih dahulu kepada guru-guru IMTAZ.
18. Ibubapa dilarang sama sekali untuk berjumpa pelajar di luar pagar IMTAZ.
19. Ibubapa/penjaga diwajibkan menyumbang sekampit beras (10kg) bagi setiap seorang pelajar dan minyak masak 1kg setiap bulan bagi menampung keperluan perbelanjaan IMTAZ yang semakin meningkat.