peraturan pelajar

PERATURAN PELAJAR dan JADUAL AKTIVITI HARIAN PELAJAR dibawah sebagai panduan pelajar dan IbuBapa / Penjaga

PERATURAN PELAJAR
Pelajar DIWAJIBKAN mengikuti jadual yang telah ditetapkan oleh pihak IMTAZ seperti di bawah dan kegagalan pelajar mematuhi jadual ini, akan dikenakan tindakan hukuman oleh pihak IMTAZ.
:جدوال هارين (Isnin-Khamis & Sabtu)

Wajib Download(klik link dibawah):

JADUAL AKTIVITI PELAJAR IMTAZ

 

Pelajar-Pelajar IMTAZ DIWAJIBKAN mematuhi peraturan-peraturan berikut:
Ibubapa penjaga wajib memahami isi kandungan peraturan ini

1.      Sedia berkhidmat di IMTAZ pada setiap masa dan ketika.

2.      Hendaklah menamatkan hafazan Al-Quran 30 juzuk dan pengajian kitab di IMTAZ.

3.      Semua pelajar wajib mengikuti semua program yang melibatkan pihak IMTAZ.

4.      Wajib mematuhi arahan guru selagi tidak melanggar syarak.

5.      Pelajar yang telah hafiz diwajibkan untuk melanjutkan pelajaran ke Yaman, namun jika pelajar tersebut tidak mahu menyambungkan pelajarannya ke Yaman, pihak IMTAZ mewajibkan mereka mengulang Al-Quran selama setahun di IMTAZ. Jika pelajar itu lari atau berhenti dari IMTAZ dalam tempoh tersebut, maka Sijil Hafiz Al-Quran tidak akan diserahkan kepadanya.

6.      Pelajar-pelajar yang lari dari IMTAZ, pihak IMTAZ tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesulitan/kesusahan yang dialami oleh pelajar tersebut semasa berada di luar kawasan IMTAZ. Pihak IMTAZ hanya akan menghubungi ibubapa/penjaga melalui telefon/wasap sebagai makluman.

7.      Pelajar-pelajar yang SAKIT perlu berjumpa Mudir/Warden untuk mengesahkan jenis penyakit yang dialami sebelum dibawa ke Hospital/Klinik berdekatan. Hanya dengan kebenaran Mudir/Warden sahaja BILIK SAKIT)غرفة المرضى( boleh digunakan.

8.      Setiap pelajar yang dirawat di BILIK SAKIT)غرفة المرضى(, akan direkodkan masa, nama, jenis penyakit, jenis rawatan yang diberikan dan Hospital/Klinik yang memberikan rawatan.

9.      Setiap pelajar yang ingin berhenti, mestilah mengisi Borang Berhenti yang telah disediakan, selepas mendapat pengesahan dari Mudir IMTAZ.

10.  Segala permasalahan pelajar mestilah segera dimaklumkan kepada pihak IMTAZ.

11.  Diwajibkan mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan menerima sebarang hukuman/tindakan disiplin yang diambil oleh pihak IMTAZ demi mendidik akhlak dan adab serta hafazan.