بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَحْمَةِ اللَّهِ لِلْعَالَمِيْنَ ، وَحُجَّتِهِ عَلَى النَّاسِ أَجْمَعِيْنَ سَيِّدِنَا وَإِمَامَنَا وَأُسْوَتِنَا وَحَبِيْبِنَأ مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ ، أَمَّا بَعْدُ
Demi kebesaran Allah dan keagungan-Nya yang telah menganugerahkan rahmat dan inayah-Nya kepada hamba-Nya yang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Kami berasa amat bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan-Nya yang dengan demikian kami telah diberi satu tanggungjawab besar untuk meneruskan kesinambungan lisan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selawat dan salam ke atas Baginda, ahli keluarganya, para sahabat, tabi’in serta tabi’ tabi’in dan tidak lupa juga ke atas umatnya tang tercinta.
Institut Maahad Tahfiz Al-Azim (IMTAZ) merupakan sebuah pusat ilmu dan tarbiyah yang berlandaskan kepada dua sumber iaitu al-Quran dan al-Sunnah bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya yang bermaksud, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara apabila kamu berpegang kepada keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan al-Sunnah”.
Juga merupakan suatu usaha awal dalam mentarbiyah anak-anak sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Sebagaimana acuannya begitulah bentuknya kekal sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapanyalah yang menentukan bayi itu menjadi seorang Yahudi atau Nasrani”. Selain itu, ia juga sebagai menyahut seruan Ilahi berdasarkan kepada firman-Nya dalam surah al-Alaq ayat satu yang bermaksud, “Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan segala kejadian”.
Alhamdulillah, sekali lagi kami berasa bersyukur ke hadrat Ilahi yang dengan kudrah-Nya, kertas projek ini telah Berjaya kami susun demi menubuhkan sebuah pusat pendidikan khusus untuk menghafal al-Quran.kertas projek ini kami susun dengan maksud untuk menunjukkan kesungguhan dan komitmen kami dalam usaha untuk menubuhkan sebuah Institu Maahad Tahfiz Al-Quran. Dalam kertas projek ini ada menyatakan tentang objektif penubuhan, misi dan visi, sistem pembelajaran, peraturan dan aktiviti IMTAZ serta sistem peperiksaannya.
Dengan terhasilnya kertas projek ini, mudah-mudahan kami dapat merealisasikan segala perkara yang telah dirancangkan dengan teliti dan mendalam. Semoga Allah SWT memebrikan kami kekuatan yang luar biasa demi menjayakan dan mengekalkan segala perancangan yang akan kami jalankan.
Kepada Allah jualah kami memohon dan berharap limpah taufik dan hidayah agar usaha kami ini sentiasa berada dalam keredhaan-Nya.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى شَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعاَلَمِيْنَ