Institu Maahad Tahfiz Al-Azim atau IMTAZ telah dirancang penubuhannya pada pertengahan bulan September 2007 iaitu pada awal bulan Ramadhan tahun 1428 H antara Encik Murad bin Shahrin bersama dengan dua orang Imam al-Hafiz yang kebetulan dijemput menjadi Imam tarawih di Surau As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri. Setelah melalui proses perbincangan yang panjang lebar, mereka berdua telah bersetuju untuk menjadi guru pembimbing di isntitut ini.

Guru tersebut ialah Ustaz Abu Bakar @ Ali bin Omar Al Hafiz Al Yamani yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di Darul Musthofa, Hadramaut, Tarim, Yaman selama empat tahun dan telah terlibat dalam bidang hafiz selama tujuh tahun. Seterusnya ialah Ustaz Abdul Azim bin Adnan yang baharu sahaja menamatkan pengajiannya di Darul Quran (DQ) dan akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Sains Biologi.

Seorang lagi guru tambahan ialah Ustaz Mohd Afifi bin Nasaruddin yang sedang dalam bercuti daripada pengajiannya di Darul Musthofa, Yaman. Di dalam kesempatan ini beliau telah bersetuju untuk meluangkan masanya untuk berkhidmat dengan pihak institut.

Insya Allah, jika tiada aral melintang Institut Maahad Tahfiz Al-Azim (IMTAZ) akan mula beroperasi pada 6 Januari 2008 bersamaan dengan 27 Zulhijjah 1428 H. Institut ini menerima pelajar yang ingin menghafal al-Quran sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Adapun bagi pelajar tahfiz lelaki yang sepenuh masa ialah RM 270 sebulan dan untuk tahfiz perempuan ialah RM 280.

Manakala yuran yang telah dipersetujui untuk Pra Tahfiz Mingguan (Jumaat, Sabtu & Ahad) ialah RM 150 dan kelas malam ialah RM 40 sahaja.

*Had umur

Institut ini menerima pelajar dari had umur 11 hingga 18 tahun untuk tahfiz sahaja. Adapun bawah daripada umur tersebut jika ibu bapa ingin memasukkan anaknya bolehlah dibawa berbincang dengan pihak institut terlebih dahulu. Insya Allah pihak institut bersedia membuat pertimbangan dan keputusan yang sewajarnya.